karisma ialah unsur yang membuat individu-individu lain bahawa seseorang individu itu adalah individu yang berilmu, berkepakaran dan seorang yang tulus ikhlas
Followers
Tuesday, July 13, 2010
kemana hilangnya zaman kegemilangan budaya iqra'
Kini, minda umat Islam seakan-akan lumpuh. Mereka tidak berupaya bangun menggilap kembali semangat mencari ilmu pengetahuan. Sebagai umat terbaik dan dilingkungi seruan iqra seharusnya kelesuan budaya mencintai ilmu tidak ditenggelamkan begitu saja.
Generasi muda Islam banyak menghabiskan masa dengan aktiviti tidak bermanfaat. Ramai hanyut dengan anasir hiburan melampau, aktiviti merempit sehingga merimaskan masyarakat awam, penyalahgunaan dadah terlarang dan pelbagai gejala buruk lain
Imam Syafie ada mengatakan: “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh.”
pada pandangan saya, penerapan ilmu pada masa kini yang memisahkan ilmu dunia dengan ilmu akhirat. kurangnya penghayatan dalam diri setiap mukmin yang tidak dibajai dengan istiqamah..maka, generasi demi generasi akan buta dengan ilmu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment