Followers

Wednesday, December 16, 2009

Tahun baruu


TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRIMU

pencari jalan-MU

Telah Banyak Yang Kulewati
Jalan Hitam Di Dunia
Tak Terhitung Selama Nodai
Masih Adakah Kesempatan
Bagiku Mendekatkan
Hati Dan Cinta KasihMu

Kuingin Bersihkan Diriku
Dari Segala Dosa
Yang Telah Kuperbuat Hingga Kini

Kuingin Bersihkan Jiwaku
Terangilah Dengan Segala
Petunjuk JalanMu

Tiada Yang Ada SelainMu
Yang Selalu Menjagaku
Meski Kadang TinggalkanMu
Aku Yang Hanyalah Manusia
Yang Mencari JalanMu
Yang Pasti Kembali PadaMu

Friday, December 04, 2009

hari pertama DEBAT PIALA DI RAJA DI UM

perdebatan hebat antara universiti.. gandingan mantap dalam debat bahasa melayu, debat bahasa inggeris dan bahasa arab.

Monday, October 05, 2009

FEMINA UM

Sukacita dimaklumkan bahawa, Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) akan menganjurkan Festival Mahasiswi Universiti Malaya 2009 (FEMINA 09) pada:

Tarikh: 16, 17, dan 18 0ktober 2009

Tempat: Auditorium Kompleks Perdanasiswa

Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi

Tema: "life planning: shaping a meaningful life"

Dirasmikan oleh : YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil

Objektif penganjuran festival ini ialah untuk memberi pendedahan berkenaan bagaimana membentuk kehidupan bermakna dalam merancang kehidupan. Kami menjemput panel-panel hebat yang akan memberi anda satu kepuasan intelektual. Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang karnival adalah seperti berikut:

12 – 17 OKTOBER 2009

9.00 – 5.30 petang

Kempen dan Pameran

16 OKTOBER 2009 (JUMAAT)

9.00 – 11.00 pagi

Pendaftaran peserta dan taklimat program

12.00 – 1.00 tengah hari

Wanita Hari Ini

Tajuk : Erti kehidupan berjaya bagi seorang wanita

Meaning of successful life for woman’

Moderator : Wardina Safiyah Fadhullah Wilmot

Jemputan Khas: Dr. Azizan Osman
Pakar Motivasi & Moderator

1.00 – 2.00 petang

Makan tengah hari dan solat zohor

2.00 – 5.00 petang

Rehat dan khidmat diri

9.00 – 11.00

Forum

Tajuk : Wanita! Keperluan dalam Hidupmu.

`What woman needs in life’

Panel :

1. Ras Adiba Radzi

Bekas Pengacara TV3

2. Puan Mastura Bt. Hj Muhamad

Pengarah Perpustakaan Pusat Awam Selangor ( PPAS)

3. Fatimah Syarha Mohd Noordin

Novelis / Tenaga Pengajar di Universiti Malaya

17 OKTOBER 2009 (SABTU)

8.00 – 9.30 pagi

- Sarapan

9.00 – 9.30 pagi

-Peserta Berkumpul di Auditorium KPS

-Ketibaan dif jemputan

9.30 – 10.30 pagi

Forum

Tajuk : Wanita dan Realiti di Malaysia

“Women and Reality of Malaysia ”

Moderator : Encik Fadzli Bin Yusof

Panel :

1. Profesor Madya Dr. Mariani Binti Md Nor

Pensyarah Fakulti Pendidikan, UM

2. Encik Kamal Affendi Hashim

Penganalisis Jenayah

3. Encik Mohd Yunus Pathi

Pengerusi Persatuan PENGASIH Malaysia

10.30 – 11.00 pagi

Makan pagi

11.00 – 12.30 t/hari

Talk:

Tajuk : Wanita Melahirkan Generasi Terunggul

“Women Producing Great Generation”

Moderator : Cik Shah Rizul Ayuni Zulkiply

Speaker : Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain

Pengarah Hospital Kuala Lumpur Malaysia (HUKL)

12.30 – 2.00 petang

Rehat, Solat dan Makan tengah hari

2.00 – 4.00 petang

Tayangan Filem

4.00 – 8.00 malam

Rehat, Solat dan Makan Malam

8.00 – 10.30 malam

Public Talk:

Tajuk : Apa Lelaki Perlu Tahu, Apa Wanita Tidak Tahu

What Men Should Know, What Women don’ t Know’

Panel: Ustaz Hussain Yee –

Pengerusi Pertubuhan Al-Khaadem

10.00 – 11.30 malam

Perbincangan dalan Kumpulan

“Resolusi Isu Semasa Wanita”

-Dipimpin oleh Wakil Pimpinan MPP IPTA/S

11.30 malam

Bersurai

18 OKTOBER 2009 (AHAD)

8.00 – 9.00 pagi

Senamrobik Perdana dan Demonstrasi Keselamatan

9.00 – 11.00 pagi

Lawatan ke rumah anak yatim

11.00 – 2.00 petang

Rehat, Solat dan Makan Tengah hari

2.00 – 5.00 petang

Pembentangan dan Perbahasan Resolusi FEMINA

5.00 – 6.00 petang

Lawatan sekitar UM

8.00 mlm – 11.00 mlm

Majlis Perasmian Penutup FEMINA

- Ucapan Pengarah Program

Saudari Shah Rizul Ayuni bt Zulkiply

- Ucapan Perasmian Penutup

oleh: YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

- Penyerahan cek sumbangan dari penaja utama FEMINA

- Gimik Perasmian

(Penyerahan Resolusi FEMINA)

- Persembahan Zapin kanak-kanak

- Pementasan Teater Islamik (Pelajar JDPI)

- Tayangan Sepanjang FEMINA

- Bersurai

Bermula 12 hingga 17 Oktober ini, gerai kempen dan pameran badan kebajikan dan NGO Malaysia dibuka khas buat anda semua. Ambillah peluang ini untuk mengenali pertubuhan-pertubuh an kebajikan negara dan terus berdaftar sebagai sukarelawan.

Apa tunggu lagi? Marilah sertai FESTIVAL MAHASISWI 2009 ! Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Oktober 2009..

Yuran:

Bukan pelajar UM- RM 150 (termasuk makanan, penginapan dan cenderahati khas FEMINA spt: beg, pen, fail, tuala dan banyak lagi..!!)

Pelajar UM: RM 100 dan hanya RM 50 untuk 50 peserta terawal!!! (termasuk makanan dan cenderahati khas FEMINA spt: beg, pen, fail, tuala dan banyak lagi..!!)

Sahkan penyertaan anda dengan menghubungi Saudari Nurbahiyah (017 9655196)

Atau email ke femina0909@yahoo. .com

Untuk makluman lanjut sila lawati blog helwampmum.blogspot .com

Sunday, September 27, 2009

Sape respon akan dapat RESPON RAYERRR

salam

respon ramadhan anda

respon aidilfitri anda...

respon terbaik akan di beri PUBLISH RAYERRR

Wednesday, August 26, 2009

isu sebatttt...80 kalii??

komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Penularan wabak H1N1

Penularan wabak H1N1 yang melanda seluruh dunia dan negara kita Malaysia secara khususnya telah menyebabkan satu suasana yang sangat membimbangkan seluruh rakyat pada waktu ini. Ternyata virus ini tidak mengenal mangsa, samada tua atau muda atau kaya miskin seseorang itu. Sesungguhnya ini adalah ujian Allah SWT kepada kita.

Dalam hal ini, pertamanya PAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini.

Kedua, agensi kerajaan yang mendepani dalam menghadapi wabak ini iaitu Kementerian Kesihatan juga seharusnya diberi pelbagai ruang dan sumber yang secukupnya supaya kakitangan kementerian ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh professional dan selamat. Segala nasihat yang disampaikan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini perlu dipandang dengan serius oleh semua pihakDalam pada itu juga, segala prosedur dan proses bagi mendapatkan bahan ubatan untuk menghadapi wabak ini yang dijangka berada di pasaran dalam tempuh beberapa bulan lagi juga seharusnya dipermudahkan.

ImageKetiga, PAS menyeru supaya pihak-pihak institusi pendidikan di semua peringkat yang menempatkan golongan pelajar dalam kelompok yang ramai ini juga untuk mempermudahkan segala proses membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap penularan ini.

Keempat, sekiranya diperlukan untuk membantu mana-mana pihak atau sesiapa sahaja dalam suasana sebegini, maka PAS telah bersedia untuk menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan menerusi Unit Amal, Lajnah Kebajikan, tenaga doktor dan kaunseling serta alim ulama untuk membantu rakyat dalam menghadapi wabak ini. Ini adalah sumbangan PAS kepada seluruh rakyat supaya kita sama-sama dapat menghadapi suasana ini secara bersama tanpa mengira fahaman politik.

Monday, July 20, 2009

tau ke bila waktu solat ditetapkan???israk mikraj lerr

tau x?????????????

.....Pendakwah tugasnya membekalkan iman kepada masyarakat yang menjadi sasaran dakwahnya mesti memiliki bekal yang cukup untuk dirinya sendiri...

klu doktor bertugas ubat penyakit masyarakat...... semestinya kne ada jasad yg sihat dan mental positif before terjun ke medan berat....

klu kte lihat,, ,,,perjalanan Rasulullah SAW naik ke tempat tertinggi bagi menerima titah amanah Allah..... yang mewajibkan sembahyang lima waktu sebagai ikatan kukuh antara hamba dengan Penciptanya, sungguh ia memberi gambaran kepentingan ibadah ini.


......Umar bin al-Khattab pernah mengirimkan arahan kepada panglima perangnya, Saad bin Abi Waqqash dalam peperangan al-Qadisiyah,

katanya:

"Wahai Saad, takutlah kamu kepada Allah dengan urusan solat pasukanmu. Kerana sesungguhnya bukanlah kekalahan yang aku khuatirkan melainkan hanya apabila kalian meninggalkan solat, kekalahan akan terjadi apabila solat ditinggalkan. Jika kalian meninggalkan solat maka akan cenderunglah zina, riba, khamar, ingkar kepada Allah dan akhirnya terkeluar daripada agama."


Jika Umar, Saad dan sahabat yang berada di al-Qadisiyah sgt prihatin dengan ibadat solat mereka,

knp plak kita yang daif, lemah lagi hina dibandingkan mereka tidak menunjukkan tanda-tanda risau dengan ibadah solat kita?


memperingati peristiwa naiknya Rasulullah SAW menghadap Allah, memg ilmu dan penghayatan kita akan terus bertambah dlm jalankan ibadat solat...

kerana kita sentiasa menambah baik maklumat sedia ada dengan maklumat baru dalam al-Quran dan hadis

jgn kata TIDAK pd jln dakwah...



KENANGAN penuh hikmah atas jalan dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kekal menjadi inspirasi bagi umatnya hingga ke akhir zaman. Setiap mukmin akan sentiasa gigih berusaha menggali peninggalan Rasulullah SAW kerana tuntutan hatinya yang sentiasa mekar mengasihi Nabi SAW.

Maka dibentangkan kertas kajian mengenai sirah, kitab hadis sahih dan ketinggian ilmu al-Quran untuk dijadikan pegangan kehidupan. Proses penambahan ilmu itu akhirnya membuahkan keintiman jiwa kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.


Tidaklah cukup seseorang mengutamakan membaca selawat saja dan tidak berminat dengan pencarian sumber maklumat, data dan fakta ilmu untuk mendapatkan gambaran terang mengenai keperibadian serta perjuangan Rasulullah SAW.


Cinta berputik kerana mengenali yang dicintai, memahami keperibadiannya dan menyelami pengorbanannya. Kita cuba menangis ketika membaca keperitan Rasulullah SAW memikul amanah dakwah, tetapi tidak mampu menitikkan air mata kerana tidak menyertai usaha dakwah Baginda.

Kita tidak memiliki cukup ilmu untuk memberi hujah kepada hati mengenai makna keperitan itu. Sesungguhnya seseorang memerlukan fakta, data, ilmu, penghayatan dan amal salih untuk menterjemahkan cintanya kepada Rasulullah SAW.

Salah satu fakta menggambarkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW adalah peristiwa Israk dan Mikraj yang sentiasa diingati setiap Rejab. Walaupun ada beberapa pandangan berbeza menentukan tarikh sebenar peristiwa itu seperti dilaporkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan al-Mubarakfuri.

Hal itu tidak menjejaskan hikmah di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj sebagai panduan bagi mereka yang berjalan di atas jalan dakwah.

Monday, July 13, 2009

tetamu berbulu yg xdiundang...

salam...tanggal sabtu..area jam 6ptg..al kisahnya berbunyi begini.....ada 6 org student sedang kelaparan...jd masing2 pergi tapau nasi...tau ke tapau2 ape?
xtau la bahasa dr negeri mane..tp yg pasti semua g ambik nasi goreng kampung..uh sedap...

niat nk picnic dlm bilik ja tp bilik kecik xmuat 6org klu nk picnic...jadi ada la sahabat yang bergeliga otaknya..huhu sy lerr..cadang mkn kt gelanggang badbinton da la pokok -pokok..kiranya nyaman gak la...

6 sahabat mkn la same2 sambil bercerita n gurau senda...huhu entah ape yang merepek 6 org 2...tub2 dah bis mkn..erk alhamdulillah sedap lauk hari 2 ayam pedas n tlur mata kerbau...rrezeki Allah beri perlu di syukuri..dan pemandangan yang serba hijau..bertambah la selera...syukur ya Allah..n sahabat yang same2 ni tgah shok mkn lg...sampai la tinggal tulang n ade le ikan bilis yg keras2 2...ups maaf makcik dewan mkn ek klu bc post ni,,tp btul keras sgt..klu nenek sy mkn bleh tercabut gg kunyah...hehe

tiba-tiba........

si ainun jerit " ai monyet" wlaupun sebenanya kmi pgil beruk huhu

wahhh lintang pukang sume nk bgun lari...sy pulak nk ambik kad mkn..knp la susah sgt kad mkn 2...yang lain lari ok lg la selipa di kaki..huhu sy n neng berkaki ayam..huhu...

kelihatan seronok btul le si monyet 2 mkn ayam masak merah... nasib la dh siap mkn...tinggal sisa yang ada...kmi pun dok acah2 n agah2 kat monyet 2 ...huhu pandai monyet lawan balik..pandai plak dia gertak nk kejar haha...wahh monyet um ktakan huhu...memg bijak...kunci bilik ade je kt situ..seronok monyet 2 mkn siap buka tutup tapau lg...hehe tergelak kmi tgok gelagat dia...xpelakan rezeki dia..

nasib la idea bijak su ehem2 jgn kembang ek...hehe bt umpan..yang berani lg niza g letak tulang ayam jauh dari tmpat td...ape lg monyet 2 trus lari meluru g ke ayam umpan..

alhamdulillah...kmi cepat2 capai barg2 ...then trus cabut...wahhh picnic ade tetamu yg xdiundang...

mcm 2 la al kisahnya...

Sunday, July 12, 2009

Thursday, July 09, 2009

minggu pertama kuliah

slm... kuliah dah mula.. hari isnin mula rasa homesick lerr.
kalut nk dftar tutorial.. mujur da sahabat yang tlog2 gak..
kelas penuh hari isnin sampai khamis..emm nk wat gane kan.. kne blajar.. kne maintain pointer..bru bahagia abah..klu tersenarai DEKAN bukan main gembira abah n ma...maklum la adik kte sokmo dpat anugerah DEKAN..rasa tercabar looo...huhu..tapi kejayaan pun banyak di bantu kawan2..THANKS ALOT aniza, enon, fazir, neng, n su...korang da best huhu...mesti tgah kembang..bla lg kte nk hargai kawan kan?

berbalik pada kuliah, sem ni susah sikit subjek2 byk b.arab..but don't say NO..huhu
penat skit..kuliah penuh sokmo..tp xleh penting diri sendiri..dakwah pun kne jgak..

ms kelas pengantar usuldin.. em btul kata ust zailan.. kne correct akidah..soalan pertama yg ust tya '''ape yang Allah xmiliki??? em lama jgk pk..tp ust bg jawpannya huhu nasib bg ek klu x kne cri jawapan sendiri..Allah xmemiliki kezaliman...

kuliah Islam n agama budaya pun best gak..pelajari agama budaya..mula2 xfaham gak ustzh citer sejarah kristian..tp rupanya kristian, hindu adalah agama budaya...byk la citer nti akan dikongsi pada post yang sterusnya...

masuk kelas pengajaran teks xfaham pe2 hehe sebab tido..kul 2 waktu yg btul2 seronok nk tdo....tp bkan niat nk tdo..tp TERtdo...asif ustaz mujahid...hati niat nk dgr pe yg ust syarah tp mata btul2 xdpat than ngantuk..tp ust mujahid is the best..

tp bla nk blajar kne niatkan ikhlas semata2 krn Allah...Allah ada perancangan terbaik tuk kte...

Monday, July 06, 2009

daku hamba yang lemah

salam buat sahabat- sahabat... alhamdulillah syukur...hari dapat karang dalam blog skit....alhamdulillah baru2 ni bru ja wat msuk gambar2 dlm blog tp maklum la kurang pengetahuan pasal senibina israil..pastu...memandangkan gambar 2 lawa dengan corak2 ana masukkan dlm blog...then dapat teguran da yang membina bagi ana buka mata...tapi da yang pedas komen 2... ana xbrape fasih senibina israil ni....jadi andai ada sahabat2 yang dapat membantu ana di mana maklumat yang ana bleh teroka?? sebab ana kne tgur kali kedua dah atas sebab gambar yang ana buh gambar senibina israil...alhamdulillah da yang sudi tegur...n ana lagi berbesar hati pada sahabt yang sudi beri maklumat pada ana pasal senibina.... kecut perut jgak baca komen2 2.teguran kne berhikmah.. astaghfirullah....istighfar ana...ana xnak klu ana nk cuba kongsi ilmu tp salah plak yang ana bg..harap dapat membantu...

Wednesday, May 06, 2009

selamat berjuang sahabat-sahabat sekalian

salam sahabat yang ku kasihi dan sayangi sekalian...lirik lagu ni khas buat kalian..(lagu nyanyi sendiri deh)....setitik peluh kalian dalam menuntut langkah-langkah perjuangan jangan mengalah dengan penat lelah...tarbiyah membentuk kte jadi insan yang punyai rohani yang kuat dan jitu...keringat antum semua dalam menyampaikan ilmu serta berdakwah meskipun sahabat sekalian pernah jatuh tersungkur, tersadung, tersepak dan sebagainya...jalan lemah.. bangkit dan ingatlah korus lagu ni
" hari ini hari ini
kita kan berjuang
jangan ragu jangan takut hadapi rinntangan
pacukan langkah rapatkan soffmu di medan perang
luruskan niat hanya ALLAH satu tujuan"

.........ingat lagi x? khas buat antum selamat berjuang..........



malam siang berlalu
gerhana kesayuan
tiada berkesudahan

detik masa berlalu
tiada berhenti
oh syahdunyer

sejenak ku terkenang
hakikat perjuangan
penuh onak dan cabaran
bersama teman2 harungi kehidupan
oh indahnye

berat rasanya didlam jiwa
utk melangkah meningglkan semua
kasih dan cinta yg terbina
iakan selamanyer ooh..

selamat berjuang sahabatku
semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkn ku biar ia berlalu

berjuanglah hingga keakhirnya
dan ingatlah semua ikrar kita

hati ini sayu mengenangkan
sengsara didalam perjuangan
jiwa ku merana dan meronta
mengharapkan kedamaian dan juga ketenangan

tetapi ku akur pada hakikat
suka dan duka dalam perjuangan
perlu ketabahan dan kekuatan
keteguhan hati berlandaskan iman

Tuesday, May 05, 2009

..syukurnyaaa ...Andai ini dapat ku sempurnakan

Andai ini dapat ku sempurnakan......syukurnya.. dalam buku imam hassan Al-Banna dipetik kewajipan seorang muslim..pertamanya membaca Al-Quran..

"Al-Quran ini adalah sajian Allah, oleh itu terimalah sajiannya sekadar yang kamu boleh"
( riwayat al-hakim daripada ibn mas'ud)

andai ku dapat muhasabah kembali hari-hari yang telah ku lalui bagaimanakah pengisianku di masa lapang? adakah terisi dengan kalimah-kalimah dari kitab Al- Quran karim....sungguh menyesalnya masa yang telah ku lalui terbuang dengan tidak memperbanyakkan bacaan Al-Quran...pasti hati selalu berkata " dimana makananku..dimana makananku.." pilunya hatiku...kenikmatan bila membaca ayat suci Al-Quran dapat ku rasai setiap kali membacanya...tetapi bila kekangan masa melanda ku bagaikan kapal yang berhenti di tengah lautan...Ya Allah peringatilah hatiku Ya Tuhanku....sesungguhnya hambaMu ini lemah...

Saturday, May 02, 2009

ibnu sina


Latar Belakang Ibnu Sina

I

BNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu “Canon of Medicine” memuatkan pernyataan yang tegas bahawa “darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti” . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Saturday, April 25, 2009

sayunya cerita ini apatah lagi kepada yang mengalaminya. ....

Pada bakal ayah - didiklah anak dgn baik jgn kedekut dgn anak-anak jika ada keinginan dan keperluan mereka cuba tunaikan jika x berdaya cakap dgn baik-baik... ..dan selalulah berkomunikasi dgn anak-anak... masa kecil mereka tiada siapa kecuali ayah dan ibu sebagai tempat bergantung.. ..patutlah ALlah memuliakan anak yatim...mereka sebatang kara.....bacalah kisahnya...dan sekiranya ada titisan air mata bercucuran maka anda memahami dan menghayati cerita ini.....berbuat baiklah pada anak yatim......mereka tiada sesiapa didunia ini......
sayunya cerita ini apatah lagi kepada yang mengalaminya. ....


Hanya satu kisah...
Aku cuma ada seorang adik. Lelaki dan usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik, kalau tak mengaku, dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,
"Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya
tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. -.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,
"Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.
Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi
adik.
Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku
memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata,
terdapat sehelai kertas yang tercatat.... ."Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang Aku tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
" Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen
pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat
menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi...aku menangis seperti selalu.
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya" katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak
membuka kasutnya dan memberikannya pada saya.
"Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar "
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat... dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Friday, April 24, 2009

Suratttku buat kaum HAWA



Wahai Hawa,
Kenapa..
engkau tak menghargai nikmat Iman dan Islam itu?
Kenapa..
mesti engkau kaku dalam mentaati ajaran-Nya?
kenapa..
masih segan mengamalkan isi kandungan-nya ?
dan kenapa..
masih was-was dalam mematuhi perintah-Nya?

Wahai Hawa,
Sedarlah..

Tangan yang mengoncang buaian..
boleh mengoncang dunia,
Sedarlah hawa..
kau boleh mengoncang dunia
dengan melahirkan manusia yang hebat!!
yakni yang Soleh dan Solehah,
kau boleh menggegar dunia
dengan menjadi isteri yang taat
serta memberi dorongan dan
sokongan pada suami yang sejati
dalam menegakkan Islam di mata dunia.

Tapi hawa..
jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki
dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu,
dengan lengguk tubuhmu.
Jangan kau menghentak-hentak kakimu
untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum Adam
yang bukan suamimu..
kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan
dan kebencian ALLAH.
BAHANA! Ia bisa memberi kegembiraan
pada syaitan..
kerana wanita ialah jala syaitan,
alat yang di eksploitasikan oleh syaitan
dalam menyesatkan kaum Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja..
jadilah anak yang Solehah
buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami..
jadilah isteri yang meringankan
beban suamimu,
andai engkau seorang ibu..
didiklah anakmu
sehingga ia tak gentar memperjuangkan Ad-din ALLAH.


Hawa,
Andai engkau belum berkahwin,
jangan kau risau akan jodohmu,
ingatlah hawa janji TUHAN kita,
wanita yang baik adalah untuk
lelaki yang baik.
Jangan menggadaikan maruahmu..
hanya semata-mata
kerana seorang lelaki,
jangan memakai pakaian yang menampakkan
susuk tubuhmu
hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki,
kerana kau bukan memancing hatinya..
tapi merangsang nafsunya.

Wahai Hawa,
Jangan sesekali dikau mulakan pertemuan
dengan lelaki yang bukan muhrim
kerana aku khuatir dari mata turun ke hati,
dari senyuman membawa ke salam,
dari salam cenderung kepada pertemuan
dan dari pertemuaan...
takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang Baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang Soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang Warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya,
kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman mereka.

Tetapi hawa,
Lelaki yang Baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,
peribadinya dan ad-dinnya...
Lelaki yang Soleh tidak menginginkan
sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya
kerana dia
takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang Warak juga tak mahu bermain cinta
sebabnya dia tahu apa matlamat
dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita
yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu,
jagalah pakaianmu,
jagalah akhlakmu,
kuatkan pendirianmu...
Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu,
cukuplah hanya cinta ALLAH menyinari dan memenuhi jiwamu,
biarlah hanya cinta kedua ibu bapamu
yang memberi hangatan kebahagiaan
buat dirimu,
cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang
akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah ALLAH..
dikala susah dan senang
kerana kau akan memperolehi
cinta dari insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu..
kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH.
Cintailah keluargamu..
kerana tiada cinta selain cinta keluarga.

Hawa ,
Ingatanku yang terakhir,
biarlah tangan yang menggoncang buaian ini
dapat menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan ILAHI.
Jangan sesekali..
tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam,
kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.

Dunia adalah perhiasan & sebaik-baik perhiasan adalah Wanita Shalilah” (Hadith Riwayat Muslim).

tinta dan bait-bait perjuangan

hidup memerlukan perjuangn....andai sepi perjuangan maka hilanglah warna-warna indah kehidupan
Assalamualaikum w.w.t.
"Berjumpalah dengan sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka. Dan mantapkanlah dirimu tetapi bukan kerana sombong dan rendahkan dirimu tetapi bukan kerana hina dan hendaklah engkau menjaga kesederhanaan di dalam segala urusanmu kerana sesuatu yang kurang atau lebih adalah tidak baik."
(kalam hukama')

ANTARA SABAR DAN MENGELUH


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang tidak mengetahui aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu? "

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berzeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,: " Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.