Followers

Saturday, February 28, 2009

DENGARLAH ISI HATIKU WAHAI .TEMAN2 SEPERJUANGN









hari demi hari selepas peristiwa 2 berlaku....hati rasa dah reda dr kocakan berita2..
tp ku xrasa bagaimana nk fhamkan org ramai bahawa perkara yang terjadi tanpa disangka2...bukan seperti yang dirancang...peranan media...org ramai...sahabat seperjuangn..semuanya msih xdtg untuk face 2 face bertanyakan perkara yang sebenar...knp xnk dengar dr mulutku sendiri?

niatku hanya nk berdakwah pada sahabat2, n rakan2 n none muslim tp kan uijian yang Allah beri memg buatkan diri berfikir matang klu dulu hasrat ataupun keinginan untuk berdakwah hanya 20%..n selepas diriku ini mencari serta belajar ape itu dakwah..diriku xberpeluang ..tapi ada hikmahnya...Allah nk ku blajar berdakwah bukan hanya teori tetapi Allah membantuku untuk terus diberikan praktikal dalam berdakwah...

klu dulu..perkataan dakwah kurang sangt dpat menusuk kdlm hati kerana hanya memikirkan tarbiyah diri.. kini ku bru sedar apabila ada dakwah secara automatik adanya tarbiyah...ini hanya pendapatku..kerana ku yakin setiap orang ada pandangn sendiri...

bila diriku memandang orang disekeliling sekilas pandang mudah untuk kte wat kesimpulan terhadap person 2 tp kte silap kita xpandang yang orang mcm 2 perlukan kita...dri situ hati ni btul2 bergetar perananku untuk menyampaikan ilmu Allah n membantu mereka2 dengan sebaiknya..

orang kata "susah untuk kte nk ubah orang" ...ya memg betul.. susah untuk ubah orang lain..hal ini sangat2 berikan diriku penghayatan...dalam melakukan kerja2 Islam dalam pada itu lah kte perlukan dakwah untuk diri dan orang lain...HANYA ALLAH YANG TAHU..

bila nk dekat dengan nonemuslim
org slalu kata "org yang bertudung labuh ada masalah komunikasi dengn nonemuslim"....
btul ke?
emmm kenyataan xbtul...kenyataan 2 telah mengajar diriku mcm ne nk dekat ngn none muslim....kne slalu senyum n cuba bina hubungn setiap kali ada peluang...emm that's why i involve projek kolej.. ini la sebenarnya niatku....

nak tgok sahabat2 sendiri join projek sangat2 kurang...sb 2 diriku rasa terpanggil untuk involve n menunjukkan dengn kepimpinan mpm kali ni kte bleh bawa rakan2 yang xfaham untuk kte cuba fahamkan mereka perlahan2...memg bla kita tahu dia di pihak lawan kite rasa dia jahat n menyokong pihak lawan tapi sebenarnya mereka xfaham apa yang kte nk bw n ape yang sebenarnya kte mahukan...

ape itu maksiat??
memg terkejut sgt2 bla none muslim tanya ape itu maksiat....sambungnnya nanti..

Friday, February 27, 2009

ujian dari Allah tanda kasih darinya


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan melalui kesenangan dan kemewahanlah yang menjadikan punca rosaknya kebanyakan manusia pada hari ini.sebaliknya orang yang dididik dengan kesusahan dan kepayahan akan menjadikan manusia yang beragama berjaya dalam hidup.Ini adalah lumrah kehidupan sebagai makhluk-Nya didunia ini. Itulah kebenarannya.Dan kalau kita manusia nampak rahsia ini, apalagi Allah s.w.t Tuhan yang menciptakan kita.Dia amat lah tahu bahawa demi menyelamatkan seorang manusia, caranya ialah susah-susahkan,diuji, dihukum dan diberi tanggungjawab yang berat dan penting..itulah tanda sayang dan cinta yang sebenarnya.

Nabi kita sendiri, Muhammad s.a.w diburu oleh kaumnya untuk dibunuh, yatim piatu, tidak tahu membaca dan menulis.Menjadi pengembala kambing dan berkali-kali memasuki medan peperangan.
Orang –orang yang tinggi darjatnya disisi Allah maka merekalah yang paling berat ujiannya.Orang yang mengaku beriman ,dan beramal tetapi ujian-ujian tidak banyak menimpa dirinya,bererti Allah belum memberi perhatian istimewa kepadanya.Orang yang disayangi oleh Allah swt akan diuji dan dihukum oleh Allah tanpa ditangguh-tangguh lagi.
Kebanyakan daripada para nabi, oleh kerana melakukan amalan yang menyalahi (khilafulaula), terus ditegur bahkan dihukum oleh Allah, walhal perkara ini bukanlah membawa dosa.Rasulullah saw pada suatu ketika pernah tidak melayani Abdullah Bin Maktum yang buta matanya kerana membesarkan pembesar-pembesar Quraisy yang datang mengadapnya.
Allah terus menegur di mana teguran itu diabadikan di dalam Al-Quran dengan maksudnya,: “Tahukah kamubarangkali ia ingin membersihkan dirinya atau dia ingin mendapatkanpengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya”
Begitu juga Nabi Sulaiman ,kerana tidak menyebut Insya-Allah maka Allah telah menarik segala kemampuannya untuk menghubungi 99 orang Islam dalam satu malam.Nabi Yunus pula, oleh kerana merajuk dengan kaumnya terus mendapat hukuman, iaitu dimakan olh ikan Nun.
Kisah –kisah tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah swt akan memberikan teguran dengan segera kepada hamba-hamba yang kasihinya agar mereka segera menyedari kesilapan yang telah dilakukan dan segera memperbetulkannya.Hal yang sama juga berlaku ke atas diri kita.
Oleh itu bagi kita,terutamanya orang –orang yang banyak beribadah, berzikir dan berjuang, maka sememangnyalah akan selalu diuji oleh Allh swt.Ujian boleh menghapuskan dosa atau menaikkan darjat di sisi Allah swt.Sentiasalah kita memperingati diri bahawa segala kesusahan yang menimpa kita adalah ujian dari-Nya ,kerana sesudah nya ialah nikmat pula.Sebaliknya apabila diberi nikmat beringatlah kerana bahawasanya sesudahnya ialah ujian.
Maka marilah kita sebagai hamba yang berada antara dua pemberian ini, menerimanya dengan penuh sabar,syukur tawakal redha dan berbaik sangka dengan Allah swt. Moga – moga Allah menyambut kita dengan sebaik-baiknya, di hari pertemuan dengan-Nya nanti.Iaitu di hari perhitungan untuk di hisab segala perbuatan baik dan jahat yangb telah kita lakukan.

Thursday, February 26, 2009

TERISTIMEWA UNTUKMU SAHABATKU FILLAH....





Sahabatku di jalan Allah....
pertemuan ini bukan milikmu
bukan jua milikku
inilah perancangan Allah...
Tuhan yang maha kuasa Maha mengetahui segala rahsia kerna dialah jua... saya kini mengenalimu
mengasihimu... kerana perjuangan kita satu kerana tujuan kita satu dan kerana dia telah menetapkan saya mempelajari sesuatu daripada mu di sini Sahabatku yang dikasihi Allah.... di sini akan berakhirnya suatu pertemuan yang terisi di dalamnya kasih dan sayang
kerana perpisahan ini...
usahlah membuat dirimu
memandang ke belakang
maralah ke hadapan
teruskan perjuangan
kerana hakikat pertemuan pasti ada perpisahan
namun perjuangan suci
tiada penghujungnya
jika kau berhenti di sini
kau akan tercicir
di jalan dakwah ini
semarakkanlah semangat
perjuangan ini
hingga bersua kembali
di negeri abadi
andai tiada lagi
tercipta pertemuan untuk kita
di pentas dunia ini
Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

Tuesday, February 10, 2009

tuntutan DAKWAH dalam kehidupan

KEKASIH menurut pandangan ISLAM oleh ust HASRIZAL penulis blgger saifulislam



tarikh 13 febuari 2009
masa 9-10.30
tempat dikolej ke 8 UM

“Rasulullah juga punyai perasaan menyayangi dan disayangi. Cintanya pada Khadijah, isteri Baginda tiada tolok bandingnya. Khadijahlah yang banyak menemani Baginda melalui ranjau perjuangan. Khadijahlah yang member perangsang kepada Baginda. Kasih sayang Khadijahlah menyelimuti hati Baginda tika keluh kesah”
.
.
“Islam tidak menghalang kasih sayang. Buktinya ditunjukkan melalui Rasulullah s.a.w. Baginda menangis tika Khadijah meninggalkan alam ini. Sehinggakan tahun pemergian Khadijah digelar Tahun Berkabung. Kita boleh berkasih sayang tetapi jangan kita melanggar batas batasan agama kita”.