Followers

Tuesday, July 13, 2010

kemana hilangnya zaman kegemilangan budaya iqra'


Kini, minda umat Islam seakan-akan lumpuh. Mereka tidak berupaya bangun menggilap kembali semangat mencari ilmu pengetahuan. Sebagai umat terbaik dan dilingkungi seruan iqra seharusnya kelesuan budaya mencintai ilmu tidak ditenggelamkan begitu saja.

Generasi muda Islam banyak menghabiskan masa dengan aktiviti tidak bermanfaat. Ramai hanyut dengan anasir hiburan melampau, aktiviti merempit sehingga merimaskan masyarakat awam, penyalahgunaan dadah terlarang dan pelbagai gejala buruk lain

Imam Syafie ada mengatakan: “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ia menjadi amalan nabi, rasul dan orang soleh.”

pada pandangan saya, penerapan ilmu pada masa kini yang memisahkan ilmu dunia dengan ilmu akhirat. kurangnya penghayatan dalam diri setiap mukmin yang tidak dibajai dengan istiqamah..maka, generasi demi generasi akan buta dengan ilmu...