Followers

Tuesday, October 14, 2008

Antara 2 CINTA: mengungkap definisi CINTA dalam konteks realiti semasa

"Bunga kembang mekar ditaman,terbang si kumbang dapatkan madu"

Bila ditanya erti CINTA,ramai yang mentafsirkan cinta dari perspektif yang berbeza.. Akan tetapi adakah cinta yang dicari hangat-hangat tahi ayam yang ingin dicari? sebenarnya..

" Seluas lautan cinta dicari tetapi CINTA ALLAH yang hakiki"

9 Okt pada jam8.15 malam.Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah menganjurkan kuliah ilmu yang bertajuk "Antara 2 CINTA" yang disampaikan oleh saudara Hasrizal Jamil yang merupakan penulis buku "Aku terima nikahnya"..

Tajuk yang dikupas pada malam itu berjaya menarik ramai mahasiswa mahasiswi Um untuk hadir membanjiri Auditorium Fakulti Pendidikan. Tajuk yang yang cukup menarik untuk dikongsi khususnya kepada warga UM.

Menurut ust Hasrizal, Cinta Allah merupakan paksi atau tunjang utama dalam hubungan manusia sesama manusia. Katanya lagi,tarbiyah didefinisikan sebagai seni membentuk manusia oleh sebab itu ibubapa merupakan guru pertama yang akan mendidik dan mencorakkan anak-anak. Oleh yang demikian perhatian perlu diberi dengan sepenuhnya supaya budaya Islam dapat diterapkan dengan sempurna.

Cinta adalah fitrah kerana setiap orang dianugerahkan naluri untuk menyayangi dan disayangi.Namun banyak pencemaran dan kekeliruan yang berlaku dalam penghayatan konsep cinta dan kefahaman mengenai kepentingan dalam kehidupan.

Penekanan yang diberikan oleh ust Hasrizal pada malam itu melalui ungkapannya "Jangan merancang sekadar ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin"

Menurut seorang siswi yang hadir pada malam itu,"perkara pertama yang perlu ada ialah apa-apapun perlu disandarkan kepada kasih sayang sebuah keluarga takkan bahagia tanpa cinta dan kasih sayang oleh itu bakal ibu dan bapa serta yang akan bergelar suami isteri perlu mencorak diri terlebih dahulu dengan didikan Islam serta berpandukan Al-Quran dan As-sunnah."

Jika kita lihat realiti masyarakat sekarang berapa ramai yang tahu kisah cinta Rasulullah berbanding kisah romeoJuliet, laila majnun?? kerana apa? kerana apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi titik tolak dan penentu kepada generasi yang akan datang.

Akhirnya, kuliah ilmu yang diadakan oleh PMI mempunyai mesej-mesej penting yang ingin disampaikan khususnya kepada yang bergelar mahasiswa supaya menjadi individu yang tidak hanya menekankan ilmu keduniaan semata-mata..wassalam

No comments: