

karisma ialah unsur yang membuat individu-individu lain bahawa seseorang individu itu adalah individu yang berilmu, berkepakaran dan seorang yang tulus ikhlas
Sukacita dimaklumkan bahawa, Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM) akan menganjurkan Festival Mahasiswi Universiti Malaya 2009 (FEMINA 09) pada:
Tarikh: 16, 17, dan 18 0ktober 2009
Tempat: Auditorium Kompleks Perdanasiswa
Terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi
Tema: "life planning: shaping a meaningful life"
Dirasmikan oleh : YB Senator Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil
Objektif penganjuran festival ini ialah untuk memberi pendedahan berkenaan bagaimana membentuk kehidupan bermakna dalam merancang kehidupan. Kami menjemput panel-panel hebat yang akan memberi anda satu kepuasan intelektual. Aktiviti yang akan dijalankan sepanjang karnival adalah seperti berikut:
12 – 17 OKTOBER 2009
9.00 – 5.30 petang | Kempen dan Pameran |
16 OKTOBER 2009 (JUMAAT)
9.00 – 11.00 pagi | Pendaftaran peserta dan taklimat program |
12.00 – 1.00 tengah hari | Wanita Hari Ini Tajuk : Erti kehidupan berjaya bagi seorang wanita ’Meaning of successful life for woman’ Moderator : Wardina Safiyah Fadhullah Wilmot Jemputan Khas: Dr. Azizan Osman |
1.00 – 2.00 petang | Makan tengah hari dan solat zohor |
2.00 – 5.00 petang | Rehat dan khidmat diri |
9.00 – 11.00 | Forum Tajuk : Wanita! Keperluan dalam Hidupmu. `What woman needs in life’ Panel : 1. Ras Adiba Radzi Bekas Pengacara TV3 2. Puan Mastura Bt. Hj Muhamad Pengarah Perpustakaan Pusat Awam Selangor ( PPAS) 3. Fatimah Syarha Mohd Noordin Novelis / Tenaga Pengajar di Universiti Malaya
|
17 OKTOBER 2009 (SABTU)
8.00 – 9.30 pagi | - Sarapan |
9.00 – 9.30 pagi | -Peserta Berkumpul di Auditorium KPS -Ketibaan dif jemputan |
9.30 – 10.30 pagi | Forum Tajuk : Wanita dan Realiti di Malaysia “Women and Reality of Malaysia ” Moderator : Encik Fadzli Bin Yusof Panel : 1. Profesor Madya Dr. Mariani Binti Md Nor Pensyarah Fakulti Pendidikan, UM 2. Encik Kamal Affendi Hashim Penganalisis Jenayah 3. Encik Mohd Yunus Pathi Pengerusi Persatuan PENGASIH Malaysia |
10.30 – 11.00 pagi | Makan pagi |
11.00 – 12.30 t/hari | Talk: Tajuk : Wanita Melahirkan Generasi Terunggul “Women Producing Great Generation” Moderator : Cik Shah Rizul Ayuni Zulkiply Speaker : Datuk Dr. Zaininah Mohd Zain Pengarah Hospital Kuala Lumpur Malaysia (HUKL) |
12.30 – 2.00 petang | Rehat, Solat dan Makan tengah hari |
2.00 – 4.00 petang | Tayangan Filem |
4.00 – 8.00 malam | Rehat, Solat dan Makan Malam |
8.00 – 10.30 malam | Public Talk: Tajuk : Apa Lelaki Perlu Tahu, Apa Wanita Tidak Tahu ’What Men Should Know, What Women don’ t Know’ Panel: Ustaz Hussain Yee – Pengerusi Pertubuhan Al-Khaadem |
10.00 – 11.30 malam | Perbincangan dalan Kumpulan “Resolusi Isu Semasa Wanita” -Dipimpin oleh Wakil Pimpinan MPP IPTA/S |
11.30 malam | Bersurai |
18 OKTOBER 2009 (AHAD)
8.00 – 9.00 pagi | Senamrobik Perdana dan Demonstrasi Keselamatan |
9.00 – 11.00 pagi | Lawatan ke rumah anak yatim |
11.00 – 2.00 petang | Rehat, Solat dan Makan Tengah hari |
2.00 – 5.00 petang | Pembentangan dan Perbahasan Resolusi FEMINA |
5.00 – 6.00 petang | Lawatan sekitar UM |
8.00 mlm – 11.00 mlm | Majlis Perasmian Penutup FEMINA - Ucapan Pengarah Program Saudari Shah Rizul Ayuni bt Zulkiply - Ucapan Perasmian Penutup oleh: YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abd Jalil Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat - Penyerahan cek sumbangan dari penaja utama FEMINA - Gimik Perasmian (Penyerahan Resolusi FEMINA) - Persembahan Zapin kanak-kanak - Pementasan Teater Islamik (Pelajar JDPI) - Tayangan Sepanjang FEMINA - Bersurai |
Bermula 12 hingga 17 Oktober ini, gerai kempen dan pameran badan kebajikan dan NGO Malaysia dibuka khas buat anda semua. Ambillah peluang ini untuk mengenali pertubuhan-pertubuh an kebajikan negara dan terus berdaftar sebagai sukarelawan.
Apa tunggu lagi? Marilah sertai FESTIVAL MAHASISWI 2009 ! Kami amat mengalu-alukan penyertaan anda.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Oktober 2009..
Yuran:
Bukan pelajar UM- RM 150 (termasuk makanan, penginapan dan cenderahati khas FEMINA spt: beg, pen, fail, tuala dan banyak lagi..!!)
Pelajar UM: RM 100 dan hanya RM 50 untuk 50 peserta terawal!!! (termasuk makanan dan cenderahati khas FEMINA spt: beg, pen, fail, tuala dan banyak lagi..!!)
Sahkan penyertaan anda dengan menghubungi Saudari Nurbahiyah (017 9655196)
Atau email ke femina0909@yahoo. .com
Untuk makluman lanjut sila lawati blog helwampmum.blogspot .com
Dalam hal ini, pertamanya PAS ingin merakamkan ucapan takziah kepada rakyat yang telah kehilangan anggota keluarga mereka dalam siri serangan virus ini. Semoga mereka akan terus memperkuatkan semangat dalam berhadapan dengan suasana yang menekan ini.
Kedua, agensi kerajaan yang mendepani dalam menghadapi wabak ini iaitu Kementerian Kesihatan juga seharusnya diberi pelbagai ruang dan sumber yang secukupnya supaya kakitangan kementerian ini dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh professional dan selamat. Segala nasihat yang disampaikan dan tindakan yang diambil oleh mereka ini perlu dipandang dengan serius oleh semua pihakDalam pada itu juga, segala prosedur dan proses bagi mendapatkan bahan ubatan untuk menghadapi wabak ini yang dijangka berada di pasaran dalam tempuh beberapa bulan lagi juga seharusnya dipermudahkan. Ketiga, PAS menyeru supaya pihak-pihak institusi pendidikan di semua peringkat yang menempatkan golongan pelajar dalam kelompok yang ramai ini juga untuk mempermudahkan segala proses membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap penularan ini.
Keempat, sekiranya diperlukan untuk membantu mana-mana pihak atau sesiapa sahaja dalam suasana sebegini, maka PAS telah bersedia untuk menggerakkan seluruh tenaga sukarelawan menerusi Unit Amal, Lajnah Kebajikan, tenaga doktor dan kaunseling serta alim ulama untuk membantu rakyat dalam menghadapi wabak ini. Ini adalah sumbangan PAS kepada seluruh rakyat supaya kita sama-sama dapat menghadapi suasana ini secara bersama tanpa mengira fahaman politik.
KENANGAN penuh hikmah atas jalan dakwah yang ditinggalkan Rasulullah SAW kekal menjadi inspirasi bagi umatnya hingga ke akhir zaman. Setiap mukmin akan sentiasa gigih berusaha menggali peninggalan Rasulullah SAW kerana tuntutan hatinya yang sentiasa mekar mengasihi Nabi SAW.
Maka dibentangkan kertas kajian mengenai sirah, kitab hadis sahih dan ketinggian ilmu al-Quran untuk dijadikan pegangan kehidupan. Proses penambahan ilmu itu akhirnya membuahkan keintiman jiwa kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Cinta berputik kerana mengenali yang dicintai, memahami keperibadiannya dan menyelami pengorbanannya. Kita cuba menangis ketika membaca keperitan Rasulullah SAW memikul amanah dakwah, tetapi tidak mampu menitikkan air mata kerana tidak menyertai usaha dakwah Baginda.
Kita tidak memiliki cukup ilmu untuk memberi hujah kepada hati mengenai makna keperitan itu. Sesungguhnya seseorang memerlukan fakta, data, ilmu, penghayatan dan amal salih untuk menterjemahkan cintanya kepada Rasulullah SAW.
Latar Belakang Ibnu Sina
I |
BNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi “Doktor Di Raja”. Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul “Al-Majmu” yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul “Essai de Bibliographie Avicenna” yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu “Canon of Medicine” memuatkan pernyataan yang tegas bahawa “darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti” . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai “Ensiklopedia Kedoktoran”.
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.