Followers

Wednesday, August 13, 2008



pelajar UITM berdemostrasi

kenangan bersama bonda tercinta NC


cas khidmat PTPTN hanya 1peratus

Pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini hanya perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak satu peratus berikutan keputusan Kabinet semalam bersetuju menurunkan kadar caj berkenaan, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Kadar baru itu meliputi pinjaman di peringkat pengajian ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta doktor falsafah (PhD). Sebelum ini, pelajar ijazah sarjana muda dikenakan caj perkhidmatan tiga peratus, manakala peringkat ijazah sarjana dan PhD lima peratus.

Ketika ini, 1.04 juta peminjam PTPTN membabitkan pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan 2,473 pelajar ijazah sarjana serta PhD.

Monday, August 11, 2008

Kempen keselamatan mahasiswi UM

Perasmian kempen keselamatan mahasiswi di di Dk1 fakulti ekonomi.
Bulan 8 ini merupakan Bulan Keselamatan Mahasiswi 2008. Anjuran PMIUM dengan kerjasam pejabat keselamatan Universiti Malaya.
tahap keselamatan mahasiswi dan juga wanita di luar sana yang rendah dan sering terdedah dengan bahaya samada serangan seksual mahupun fizikal, juga secara emosi memberi kesedaran untuk menjalankan kempen ini.

Sunday, August 10, 2008

Wednesday, August 06, 2008

Hala tuju mahasiswa

dalam mengorak langkah yang lebih drastik, mahasiswa perlu lebih peka dengan masalah semasa terutama berkaitan dengan masalah kampus..memang diakui keadaan politik negara yang agak tertekan tetapi mahasiswa perlu memandang permasalahan dengan fikiran yang terbuka. hal ini kerana, sebagai mahasiswa perlu ada kesedaran berkaitan masalah yang berlaku di kalangan mahasiswa dan juga mahasiswi di kampus. Dimana mahasiswa sekarang terus leka dengan kesenangan dan juga keseronokan sehinggakan gejala-gejala yang tidak sihat semakin menular di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh IPTA dan IPTS. Keadaan ini amat membimbangkan dan akan memberi kesan yang negatif kepada generasi yang akan datang. Jadi, disini saya menyeru rakan -rakan dari segenap agama, bangsa dan budaya supaya bangkit untuk berperanan sebagai mahasiswa yang berintelektual ,berdaya saing dan juga berilmu pengetahuan sepertimana pada zaman kebangkitan mahasiswa yang menjadi "suara rakyat" pada satu ketika dahulu.