Followers

Tuesday, October 21, 2008

Salam peperiksaan dan Salam kecemerlangan

salam kecemerlangan buat rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan pada november ini. Kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah perlu cemerlang dari segi sahsiah juga...Walaubagaimana pun peperiksaan yang bakal ditempuhi akan membuahkan hasil yang berlipat ganda sebagaimana usaha sahabat-sahabat sebelum menduduki peperiksaan..study hard dan study smart.
BerCINTAlah dengan pelajaran,
berTUNANGlah dengan mengulang kaji,
berKAHWINlah dengan peperiksaan,
dan berBULAN MADU dengan kejayaan.

Monday, October 20, 2008

pelajar APIUM dikurangkan!


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Ketika suasana kian hangat memperkatakan mengenai isu pilihan raya kampus (PRK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam, berita terbaru mengenai kampus adalah tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya mengurangkan pengambilan pelajar bagi kursus Pengajian Islam.

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), merupakan salah satu daripada institusi pendidikan agama Islam yang terkemuka di negara ini. Saban tahun terdapat ratusan graduan yang lahir daripada APIUM dan menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini pelbagai permasalahan timbul akibat daripada tindakan pihak pentadbirannya. Bermula daripada isu kenaikkan yuran pengajian, isu pelajar sarjana muda pendidikan Islam kini muncul isu terbaru di mana terdapat perbincangan di kalangan pihak pentadbiran yang mahu mengurangkan pengambilan pelajar untuk memasuki APIUM.

Sebelum ini pengambilan untuk satu sesi adalah sekitar 150 orang bagi setiap bidang pengajian meliputi Bidang Syariah, Usuluddin, Pendidikan Islam dan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Namun begitu, cadangan yang terbaru dibuat adalah setiap bidang pengajian hanya mengambil sekitar 50 pelajar setiap sesi kemasukkan.

Pengurangan secara mendadak ini memberikan kesan yang cukup besar terhadap para pelajar khususnya yang mengambil bidang agama. Sekiranya perkara ini berlaku bermakna ruang untuk para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awam terutamanya di APIUM akan semakin berkurang. Ini akan menjejaskan para siswazah yang mempunyai kepakaran agama untuk berkhidmat di dalam masyarakat.

Selain itu juga, dipercayai pengurangan ini mempunyai kaitan rapat dengan faktor politik.
Hal demikian kerana, pelajar-pelajar lulusan agama seringkali dikaitkan dengan cenderung kepada pembangkang. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan pelajar-pelajar ke dalam bidang pengajian agama ini.

Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan ramai dalam kalangan pelajar dan pensyarah mendesak supaya pihak pentadbiran UM menggantikan pengarah APIUM dengan pengarah yang baru. Hal demikian kerana, sejak pengarah yang sedia ada ini memimpin APIUM, pelbagai masalah yang berlaku di dalam APIUM.

Tuesday, October 14, 2008

Antara 2 CINTA: mengungkap definisi CINTA dalam konteks realiti semasa

"Bunga kembang mekar ditaman,terbang si kumbang dapatkan madu"

Bila ditanya erti CINTA,ramai yang mentafsirkan cinta dari perspektif yang berbeza.. Akan tetapi adakah cinta yang dicari hangat-hangat tahi ayam yang ingin dicari? sebenarnya..

" Seluas lautan cinta dicari tetapi CINTA ALLAH yang hakiki"

9 Okt pada jam8.15 malam.Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah menganjurkan kuliah ilmu yang bertajuk "Antara 2 CINTA" yang disampaikan oleh saudara Hasrizal Jamil yang merupakan penulis buku "Aku terima nikahnya"..

Tajuk yang dikupas pada malam itu berjaya menarik ramai mahasiswa mahasiswi Um untuk hadir membanjiri Auditorium Fakulti Pendidikan. Tajuk yang yang cukup menarik untuk dikongsi khususnya kepada warga UM.

Menurut ust Hasrizal, Cinta Allah merupakan paksi atau tunjang utama dalam hubungan manusia sesama manusia. Katanya lagi,tarbiyah didefinisikan sebagai seni membentuk manusia oleh sebab itu ibubapa merupakan guru pertama yang akan mendidik dan mencorakkan anak-anak. Oleh yang demikian perhatian perlu diberi dengan sepenuhnya supaya budaya Islam dapat diterapkan dengan sempurna.

Cinta adalah fitrah kerana setiap orang dianugerahkan naluri untuk menyayangi dan disayangi.Namun banyak pencemaran dan kekeliruan yang berlaku dalam penghayatan konsep cinta dan kefahaman mengenai kepentingan dalam kehidupan.

Penekanan yang diberikan oleh ust Hasrizal pada malam itu melalui ungkapannya "Jangan merancang sekadar ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin"

Menurut seorang siswi yang hadir pada malam itu,"perkara pertama yang perlu ada ialah apa-apapun perlu disandarkan kepada kasih sayang sebuah keluarga takkan bahagia tanpa cinta dan kasih sayang oleh itu bakal ibu dan bapa serta yang akan bergelar suami isteri perlu mencorak diri terlebih dahulu dengan didikan Islam serta berpandukan Al-Quran dan As-sunnah."

Jika kita lihat realiti masyarakat sekarang berapa ramai yang tahu kisah cinta Rasulullah berbanding kisah romeoJuliet, laila majnun?? kerana apa? kerana apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi titik tolak dan penentu kepada generasi yang akan datang.

Akhirnya, kuliah ilmu yang diadakan oleh PMI mempunyai mesej-mesej penting yang ingin disampaikan khususnya kepada yang bergelar mahasiswa supaya menjadi individu yang tidak hanya menekankan ilmu keduniaan semata-mata..wassalam

Monday, September 15, 2008

pesanan sahabat



Bermimpilah tentang apa yang kamu impikan,
pergilah ke tempat kamu ingin pergi,
jadilah seperti yang kamu inginkan,
kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan,
dan satu kesempatan,
untuk melakukan hal-hal yang kamu kehendakkan,
moga ianya sentiasa dalam reda tuhan,

Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya,
sebab ianya hanya sementara,
jangan pula tertarik kepada kekayaannya,
kerana kekayaan dapat memusnahkan,
Tertariklah kepada seseorang,
yang dapat membuatmu tersenyum,
kerana hanya senyuman yang mampu,
membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah,
Semoga kamu menemukan orang seperti itu,

Semoga kamu mendapatkan,
kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati,
ujian yang cukup untuk membuatmu kuat,
kesedihan yang cukup untuk menjadikanmu manusia,
yang punya rasa simpati,
pengharapan yang cukup untuk menjadikanmu lebih bersemangat
dalam menempuh kehidupan,




Disaat satu pintu kebahagiaan tertutup,
pintu yang lain dibukakan,
tetapi acapkali kita terpaku,
pada pintu yang tertutup,
sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan,

Sahabat terbaik adalah dia,
yang dapat bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun,
dan kemudian kamu meninggalkannya,
dengan perasaan telah berbicara lama dengannya.
kerana dia membuatmu bahagia,

Sungguh benar bahawa,
kita tidak tahu apa yang kita miliki,
sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahawa,
kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki,
sampai kita mendapatkannya,

Orang-orang yang paling berbahagia,
tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,
mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik,
dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya,

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu,
beberapa orang yang salah,
sebelum bertemu dengan orang yang tepat,
kita harus mengerti,
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu,

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis,
mereka yang disakiti hatinya,
mereka yang mencari dan mereka yang mencuba,
Kerana hanya mereka itulah yang menghargai,
pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka

Masa depan yang cerah,
sentiasa ada,
jika kamu tidak melupakan kegagalan dan kesakitan di masa lalu,
jangan pernah mengucapkan selamat tinggal,
jika kamu masih mahu mencuba,
dengan kesungguhan,
jangan pernah menyerah,
jika kamu masih merasa sanggup,

Waktu kamu lahir,
kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum,
jalanilah hidupmu dengan bahagia,
sehingga pada waktu kamu mati,
detik itu,
kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Saturday, September 13, 2008

universiti APEX

Tahniah diucapkan kepada Universiti Sains Malaysia(USM) dipilih sebagai Universiti APEX pertama. Menjuarai universiti yang lain termasuk universiti tertua malaysia iaitu Universiti Makaya(UM).USM dipilih kerana memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan. berdasarkan tiga kriteria iaitu tahap kesediaan,pelan transformasi dan kesediaan untuk berubah. Manakala ia berasaskan sudut kuantitatif dan kualitatif. Sepanjang tempoh pemilihan sebagai Universiti APEX, USM perlu berada diantara 100 universiti terbaik dunia dan senarai 50 universiti terbaik dunia2020.

Tuesday, September 09, 2008

INTIPATI BAGET 2009

Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,

JUMLAH BAGET

· Bajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

· Peruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

· Peruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

· Bajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

· Bertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

· Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.


Jaringan keselamatan sosial

· Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

· Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

· Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

· Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

Membasmi kemiskinan

· Kadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

· Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

· Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

Kecuali bil elektrik RM20

· Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

· Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

Cukai pendapatan

· Rebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

Pengangkutan

· K’jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

· Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

· Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

Kesihatan

· Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

· Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

- Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

· Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.
Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

· Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

· Pengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic

Saturday, September 06, 2008

Salam Ramadhan PESTA IBADAT

selamat berpuasa diucapkan kepada seluruh mahasiswa-mahasiswa

bulan ramadhan bulan berpesta ibadat bagi umat kembali lagi.Pada bulan inilah umat Islam berlumba-lumba menambahkan saham akhirat kerana ibadah-ibadah yang dilakukan dalam bulan ini dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. dan kerana alasan inilah akan penuhlah masjid-masjid dan surau-surau dengan hamba-hamba yang rindu kepadaNya.
Ibadat utama yang wajib dilakukan pada bulan ini adalah ibadah puasa. Puasa merupakan satu simbolik yang menjadi rahsia hamba dan Tuhanya. Keimana akan teruji dan intipatinya adalah hati dan roh...Jadi sejauh manakah penghayatan kita dalam bulan ramadhan ini untuk istiqamah pada bulan-bulan yang akan datang. SELAMAT BERPUASA.

Wednesday, August 13, 2008



pelajar UITM berdemostrasi

kenangan bersama bonda tercinta NC


cas khidmat PTPTN hanya 1peratus

Pelajar yang memperoleh pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kini hanya perlu membayar caj perkhidmatan sebanyak satu peratus berikutan keputusan Kabinet semalam bersetuju menurunkan kadar caj berkenaan, berkuat kuasa 1 Jun lalu.

Kadar baru itu meliputi pinjaman di peringkat pengajian ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana serta doktor falsafah (PhD). Sebelum ini, pelajar ijazah sarjana muda dikenakan caj perkhidmatan tiga peratus, manakala peringkat ijazah sarjana dan PhD lima peratus.

Ketika ini, 1.04 juta peminjam PTPTN membabitkan pelajar peringkat ijazah sarjana muda dan 2,473 pelajar ijazah sarjana serta PhD.

Monday, August 11, 2008

Kempen keselamatan mahasiswi UM

Perasmian kempen keselamatan mahasiswi di di Dk1 fakulti ekonomi.
Bulan 8 ini merupakan Bulan Keselamatan Mahasiswi 2008. Anjuran PMIUM dengan kerjasam pejabat keselamatan Universiti Malaya.
tahap keselamatan mahasiswi dan juga wanita di luar sana yang rendah dan sering terdedah dengan bahaya samada serangan seksual mahupun fizikal, juga secara emosi memberi kesedaran untuk menjalankan kempen ini.

Sunday, August 10, 2008

Wednesday, August 06, 2008

Hala tuju mahasiswa

dalam mengorak langkah yang lebih drastik, mahasiswa perlu lebih peka dengan masalah semasa terutama berkaitan dengan masalah kampus..memang diakui keadaan politik negara yang agak tertekan tetapi mahasiswa perlu memandang permasalahan dengan fikiran yang terbuka. hal ini kerana, sebagai mahasiswa perlu ada kesedaran berkaitan masalah yang berlaku di kalangan mahasiswa dan juga mahasiswi di kampus. Dimana mahasiswa sekarang terus leka dengan kesenangan dan juga keseronokan sehinggakan gejala-gejala yang tidak sihat semakin menular di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh IPTA dan IPTS. Keadaan ini amat membimbangkan dan akan memberi kesan yang negatif kepada generasi yang akan datang. Jadi, disini saya menyeru rakan -rakan dari segenap agama, bangsa dan budaya supaya bangkit untuk berperanan sebagai mahasiswa yang berintelektual ,berdaya saing dan juga berilmu pengetahuan sepertimana pada zaman kebangkitan mahasiswa yang menjadi "suara rakyat" pada satu ketika dahulu.

Monday, July 28, 2008

SUARA MAHASISWA BERKENAAN AUKU

Menurut berita harian pada 27hb,Pemimpin parti politik, termasuk pembangkang boleh memberi ceramah kepada mahasiswa di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) apabila Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang dalam proses bacaan kali kedua di Dewan Rakyat Ogos ini, diluluskan

selaku individu yang bergelar mahasiswa pindaan AUKU memberi lebih keyakinan kepada mahasiswa dan juga pihak universiti supaya suasana persekitaran dan pembelajaran lebih kondusif dan kebebasan dalam mencapai tahap kecemerlangan.

Terima kasih diucapkan kepada Datuk seri Khaled Nordin,Menteri Pengajian Tinggi walaupun terdapat syarat yang dikenakan tetapi dapat memberi ruang kepada mahasiswa untuk membina pemikiran kelas pertama. Hal ini memudahkan mahasiswa samada siswa mahupun siswi sekiranya pemimpin parti politik dibenarkan masuk ke IPTA.

misalnya, untuk mengetahui dan mendapatkan pandangan mengenai krisis minyak dunia.Jadi disini saya menyeru kepada semua mahasiswa supaya menggunakan peluang yang ada untuk menjadi mahasiswa yang berintelektual serta berfikiran terbuka.

Friday, July 25, 2008

Bangsa membaca, Bangsa berjaya

BUKU adalah kunci kepada kebijaksanaan;
BUKUadalah pintu dunia keseronokan;
BUKUadalah jalan menuju kejayaan;
BUKU adalah sahabat,ayuh! Mari membaca.

Wednesday, July 16, 2008

perasmian buku kod amalan gangguan seksual


perasmian buku kod amalan gangguan seksual oleh menteri wanita dan keluarga