Followers

Tuesday, October 21, 2008

Salam peperiksaan dan Salam kecemerlangan

salam kecemerlangan buat rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang bakal menduduki peperiksaan pada november ini. Kecemerlangan bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malah perlu cemerlang dari segi sahsiah juga...Walaubagaimana pun peperiksaan yang bakal ditempuhi akan membuahkan hasil yang berlipat ganda sebagaimana usaha sahabat-sahabat sebelum menduduki peperiksaan..study hard dan study smart.
BerCINTAlah dengan pelajaran,
berTUNANGlah dengan mengulang kaji,
berKAHWINlah dengan peperiksaan,
dan berBULAN MADU dengan kejayaan.

Monday, October 20, 2008

pelajar APIUM dikurangkan!


KUALA LUMPUR, 15 Okt (Hrkh) - Ketika suasana kian hangat memperkatakan mengenai isu pilihan raya kampus (PRK) di Institusi Pengajian Tinggi Awam, berita terbaru mengenai kampus adalah tindakan pihak pentadbiran Universiti Malaya mengurangkan pengambilan pelajar bagi kursus Pengajian Islam.

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), merupakan salah satu daripada institusi pendidikan agama Islam yang terkemuka di negara ini. Saban tahun terdapat ratusan graduan yang lahir daripada APIUM dan menjadi pemimpin dalam kalangan masyarakat.

Namun begitu, sejak akhir-akhir ini pelbagai permasalahan timbul akibat daripada tindakan pihak pentadbirannya. Bermula daripada isu kenaikkan yuran pengajian, isu pelajar sarjana muda pendidikan Islam kini muncul isu terbaru di mana terdapat perbincangan di kalangan pihak pentadbiran yang mahu mengurangkan pengambilan pelajar untuk memasuki APIUM.

Sebelum ini pengambilan untuk satu sesi adalah sekitar 150 orang bagi setiap bidang pengajian meliputi Bidang Syariah, Usuluddin, Pendidikan Islam dan Sains Gunaan dan Pengajian Islam. Namun begitu, cadangan yang terbaru dibuat adalah setiap bidang pengajian hanya mengambil sekitar 50 pelajar setiap sesi kemasukkan.

Pengurangan secara mendadak ini memberikan kesan yang cukup besar terhadap para pelajar khususnya yang mengambil bidang agama. Sekiranya perkara ini berlaku bermakna ruang untuk para pelajar mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi awam terutamanya di APIUM akan semakin berkurang. Ini akan menjejaskan para siswazah yang mempunyai kepakaran agama untuk berkhidmat di dalam masyarakat.

Selain itu juga, dipercayai pengurangan ini mempunyai kaitan rapat dengan faktor politik.
Hal demikian kerana, pelajar-pelajar lulusan agama seringkali dikaitkan dengan cenderung kepada pembangkang. Oleh itu, cara yang terbaik adalah dengan mengurangkan pelajar-pelajar ke dalam bidang pengajian agama ini.

Terdapat desas-desus yang kuat mengatakan ramai dalam kalangan pelajar dan pensyarah mendesak supaya pihak pentadbiran UM menggantikan pengarah APIUM dengan pengarah yang baru. Hal demikian kerana, sejak pengarah yang sedia ada ini memimpin APIUM, pelbagai masalah yang berlaku di dalam APIUM.

Tuesday, October 14, 2008

Antara 2 CINTA: mengungkap definisi CINTA dalam konteks realiti semasa

"Bunga kembang mekar ditaman,terbang si kumbang dapatkan madu"

Bila ditanya erti CINTA,ramai yang mentafsirkan cinta dari perspektif yang berbeza.. Akan tetapi adakah cinta yang dicari hangat-hangat tahi ayam yang ingin dicari? sebenarnya..

" Seluas lautan cinta dicari tetapi CINTA ALLAH yang hakiki"

9 Okt pada jam8.15 malam.Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) telah menganjurkan kuliah ilmu yang bertajuk "Antara 2 CINTA" yang disampaikan oleh saudara Hasrizal Jamil yang merupakan penulis buku "Aku terima nikahnya"..

Tajuk yang dikupas pada malam itu berjaya menarik ramai mahasiswa mahasiswi Um untuk hadir membanjiri Auditorium Fakulti Pendidikan. Tajuk yang yang cukup menarik untuk dikongsi khususnya kepada warga UM.

Menurut ust Hasrizal, Cinta Allah merupakan paksi atau tunjang utama dalam hubungan manusia sesama manusia. Katanya lagi,tarbiyah didefinisikan sebagai seni membentuk manusia oleh sebab itu ibubapa merupakan guru pertama yang akan mendidik dan mencorakkan anak-anak. Oleh yang demikian perhatian perlu diberi dengan sepenuhnya supaya budaya Islam dapat diterapkan dengan sempurna.

Cinta adalah fitrah kerana setiap orang dianugerahkan naluri untuk menyayangi dan disayangi.Namun banyak pencemaran dan kekeliruan yang berlaku dalam penghayatan konsep cinta dan kefahaman mengenai kepentingan dalam kehidupan.

Penekanan yang diberikan oleh ust Hasrizal pada malam itu melalui ungkapannya "Jangan merancang sekadar ke pelamin, tetapi rancanglah hingga ke lampin"

Menurut seorang siswi yang hadir pada malam itu,"perkara pertama yang perlu ada ialah apa-apapun perlu disandarkan kepada kasih sayang sebuah keluarga takkan bahagia tanpa cinta dan kasih sayang oleh itu bakal ibu dan bapa serta yang akan bergelar suami isteri perlu mencorak diri terlebih dahulu dengan didikan Islam serta berpandukan Al-Quran dan As-sunnah."

Jika kita lihat realiti masyarakat sekarang berapa ramai yang tahu kisah cinta Rasulullah berbanding kisah romeoJuliet, laila majnun?? kerana apa? kerana apa yang kita lakukan hari ini akan menjadi titik tolak dan penentu kepada generasi yang akan datang.

Akhirnya, kuliah ilmu yang diadakan oleh PMI mempunyai mesej-mesej penting yang ingin disampaikan khususnya kepada yang bergelar mahasiswa supaya menjadi individu yang tidak hanya menekankan ilmu keduniaan semata-mata..wassalam